Friday, March 6, 2009

PerGinYa sEoRang SahabaT

Salam... bertemu kembali...

Lamanya rasa tak masuk blog…maklumlah sibuk sikit sejak akhir-akhir ni…mana nak buat programnya, mana nak wat assignment nyer…erm, banyak lagi lah kalau nak dikira. Tapi, walau sesukar mana sekalipun, hidup mesti diteruskan coz kita sendiri yang memilih haluan ni, so kita kenalah perjuangkan sehingga titik noktah yang terakhir….betul tak?..Sebenarnya malam ni aku nak kongsi cite pasal sahabat aku. Entah la, sebenarnya dah 2 bulan berlalu…namun, aku rasa maca baru semalam ia berlaku. Aku kenal sahabat aku ni masa form 3 lagi. Nak kata rapat giler tu…tak la sangat..tapi boleh la. Lagipun dia ni setahun muda daripada aku. Tapi dia sangat berbudi bahasa dan menghormati orang len. Walaupun aku hanya tua setahun, namun dia still panggil aku akak. tu la pasal aku suka kawan dengan dia…Masa cepat sangat berlalu…aku tak sedar dah empat tahun kami tak jumpa. Akhirnya aku jumpa gak ngan dia. Masa tu dekat Kuala Lipis. Aku ngan akak aku balik dari umah abang..dia pula ngan family nak pegi kenduri abang dia kawin. Tak banyak yang sempat aku bertanya sebab dia nak cepat…masa tu happy nyer aku dapat jumpa dia dan aku dapat tahu yang dia tengah study dekat UNIMAS…dia tak banyak berubah..still happy macam dulu.Seminggu berlalu bila aku da balik UPSI…tup…tup aku dapat berita yang dia dah tak ada… pergi untuk selamanya…dengar cita terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masa tu hanya Tuhan yang tahu apa perasaan aku. Rupa-rupanya pertemuan aku dengan arwah adalah pertemuan yang pertama dan terakhir setelah empat tahun kami tak jumpa…Ya Allah kenapa cepat sangat dia pergi…masih terngiang-ngiang lagi suara gelak tawa arwah sewaktu kami jumpa hari tu.Kini aku baru sedar…kadangkala kita tak menghargai sesuatu bila dia ada di depan kita…tapi bila dah tak ada kita akan rasa satu kehilangan yang sangat besar. Kalaulah masa dapat diputar kembali...aku tak akan biarkan masa empat tahun itu berlalu dengan begitu sahaja…tapi hakikatnya tidak…masa akan tetap meninggalkan kita tanpa kita sedar.Apapun aku mesti terima dengan redha..Tuhan lebih menyayanginya. Aku bersyukur sekurang-kurangnya aku masih lagi diberi kesempatan untuk berjumpa dengan arwah walaupun untuk sekejap saja. Ya Allah Kau tempatkanlah dirinya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diredhaiMu…Amin

No comments:

Post a Comment