Friday, March 6, 2009

Nukilanku

Hidup Satu Perjuangan

hidup ini satu perjuangan...
hakikat yang pasti setiap manusia
akan menuju ke destinasi yang sama
walaupun pelbagai keperitan dan rintangan
mengharungi liku perjalanan

namun..
semua itu akan menjadi satu kekuatan
dalam menjalani seribu kemungkinan.
seandainya perjalanan terlalu senang
mungkin mengundang cebisan kekecewaan
kerana kealpaan dan kecuaian
yang kita sendiri ciptakan.

hidup satu perjuangan...
walaupun jiwa tidak lagi tenteram
namun ia harus diteruskan
seumpama lakonan di pementasan..


No comments:

Post a Comment