Friday, March 6, 2009

Penatnyer....

Sedih sangat sebab blog yang lama dah tak boleh guna...penatnyer hias cantik-cantik...ntahlah tak tahu kenapa tiba-tiba html dia tak berfungsi...dah cuba berkal-kali nak betulkan balik....tapi semuanya tak boleh diselamatkan...so aku buatlah blog baru ni. walaupun sekarang ni takde masa nak hias cantik-cantik macam dulu...nanti lau da masa aku akan teruskan menghias supaya cantik lagi. nasib baik aku masih simpan bahan dan cerita-cerita dulu...jadi senanglah aku post balik dekat blog ni...papun aku sangat berterima kasih dekat sifu aku En.Aziz...coz daripada beliau... aku dah pandai buat dan guna blog. Kawan-kawan nanti follow lah blog bru aku yer...sedih ni.

Sek. Men. Keb. Dato' Harun

KeNanGaN TerIndAh..

Penatnyer… baru je balik dari program terus ngadap buku coz da exam this week…pepun rasa heppy sangat selama tiga hari dua malam dekat Sek. Men. Keb Dato’ Harun. Banyak pengalaman yang aku dapat daripada program ni. Bukan senang tau nak wat program...tapi nasib baik pelajar-pelajar ni ok..diaorang sporting sangat…so senanglah nak kawal diaorang ni....Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Untuk adik-adik akak….Fitrah, Dila, Faikha, Elyqa, Atikah, Liyana, Hafif, Wan, Hanif, Iqbal, Khai dan Zul… akak sentiasa doakan semoga berjaya dalam PMR, SPM, STPM…thanks 4 everything


Adik-adikku

Fitrah & Wan

Cewah....

Cute Girlz

Tunjuk aper tu..

Sape yang suh panjat ni..

Bersama Pelajar SRC

Program ini antara yang seronok pernah aku ikuti sebagai seorang fasilitator...Program Ekspresi Diri Tanpa Dadah. Erm..walaupun ada yang menggelarkan diri mereka sebagai pelajar high risk..namun aku rasa tidak..mereka ada potensi untuk berjaya dan sebenarnya mereka sangat baik…mungkin ada sesuatu yang menjadikan mereka sedemikian…tu la, masa yang singkat telah membataskan aku untuk mengenali diri mereka dengan lebih dekat pada masa tu. Walau bagaimanapun…aku heppy sangat kerana program berjalan dengan lancar.. adik-adik aku pun senang dikawal dan mendengar kata… Alhamdulillah...sampai sekarang diaorang still contact aku.. Aku dapat rasakan ini satu pengalaman yang sangat berharga…dan aku rasa ia sangat berguna apabila aku bergelar kaunselor kelak…




sempat posing..


cantik tak lukisan



say no to dadah

Nukilanku

Hidup Satu Perjuangan

hidup ini satu perjuangan...
hakikat yang pasti setiap manusia
akan menuju ke destinasi yang sama
walaupun pelbagai keperitan dan rintangan
mengharungi liku perjalanan

namun..
semua itu akan menjadi satu kekuatan
dalam menjalani seribu kemungkinan.
seandainya perjalanan terlalu senang
mungkin mengundang cebisan kekecewaan
kerana kealpaan dan kecuaian
yang kita sendiri ciptakan.

hidup satu perjuangan...
walaupun jiwa tidak lagi tenteram
namun ia harus diteruskan
seumpama lakonan di pementasan..


ForEvEr

LuV FriEnD

sahabat...setiap hembusan nafasmuadalah nyawakusetiap bicaramuadalah jiwakusetiap kejayaanmuadalah keyakinankusetiap titisan air matamuadalah kelukaankudan persahabatanmuadalah milikku...




With Mustiqa Sufi


Ida Cute



Friend 4 Ever

LoVely TwiN

Malam ni aku tak tahu nak buat apa...boring sangat, assignment tu memang la banyak tapi takde mood nak buat...lagipun tak tahu nak mula yang mana satu ...erm, entahlah tiba-tiba je rasa rindu dekat seseorang....orang kata kalau kita rindu dekat seseorang pasti dia juga rindu dekat kita...betul ker...Mungkin lama tak jumpa kot, tetiba jer ingat kembali kenangan zaman persekolahan...

Orang yang aku nak cerita ni merupakan sahabat yang sangat rapat dengan aku pada masa dulu...sekarang?..entahlah maybe faktor jarak menyebabkan kami jarang berhubung dan aku dapat rasakan ianya tak seperti dulu lagi. Apa yang menarik, diaorang ni kembar. Diaorang gelarkan diri sebagai adik dan kakak...kadang-kadang kalau dekat sekolah tu ada yang tak tahu nama sebenar diaorang...Masa mula-mula aku kenal diaorang...aku ingat diaorang ni sombong tau.. aku ingat lagi waktu tu..masa kali pertama aku bertembung dengan diaorang...aku takut nak tegur, waktu tu diaorang tengah berbincang dengan warden asrama...nak masuk asrama kot...aku tengok muka diaorang masam jer...emm... mungkin penat, baru habis waktu persekolahan..tambahan pula cuaca panas terik waktu tu.Memang tepat jangkaan aku...seminggu kemudian diaorang mendaftar diri masuk ke asrama....macam mana mula berkenalan?...entahlah, aku pun ingat-ingat lupa...apa yang aku ingat kami mula bertegur sapa semasa dekat surau asrama...jangkaan aku meleset, diorang ni tak sombong...tu la pasal jangan mudah menilai orang dari paras rupa. sebanarnya diaorang baik sangat, mudah mesra, periang, senang diajak berunding. Walaupun umur diaorang muda setahun daripada aku...tapi ia bukan satu halangan dan yang paling seronok diorang ni suka menyakat...bising satu dorm dibuatnya. Mulai saat ini lah hubungan kami bertambah akrab...hari demi hari yang kami lalui penuh kecerian...sehinggalah kami menamatkan zaman persekolahan.

Namun, masa begitu cepat berlalu...tak sangka dah berapa tahun berlalu. masing-masing dengan kerjaya masing-masing dan leka memburu impian...kadang-kala...kesibukan tugasan harian menyebabkan aku hampir melupakan sejarah persahabatan yang kami bina...emm entahlah. Namun, aku sangat mengharapkan agar semua itu tidak akan berlaku...sesungguhnya hubungan persahabatan itu terlalu bermakna dan tidak akan ada penghujungnya..semoga ia akan kekal hingga ke akhir hayat...Amin


KaKaK

aDeQ


Nurasya Aleeya

Anak Buah Kesayangan

Kalau nak tahu ini lah anak buah kesayangan aku. Nama dia Nurasya Aleeya, kami panggilnya Bisya je. Tak larat nak sebut panjang-panjang Tapi sayang, dia degil sangat. Maklumlah semua orang manjakan dia memandangkan dia satu-satunya si kecil dalam keluarga kami...maksudnya dia cucu pertama..pekara yang paling seronok bila bercakap dengan Bisya. Dia ni bukan jer petah berkata-kata malah benda yang kita tak jangka pun dia boleh cakap...




3 tahun


2 tahun

1 tahun

































PerGinYa sEoRang SahabaT

Salam... bertemu kembali...

Lamanya rasa tak masuk blog…maklumlah sibuk sikit sejak akhir-akhir ni…mana nak buat programnya, mana nak wat assignment nyer…erm, banyak lagi lah kalau nak dikira. Tapi, walau sesukar mana sekalipun, hidup mesti diteruskan coz kita sendiri yang memilih haluan ni, so kita kenalah perjuangkan sehingga titik noktah yang terakhir….betul tak?..Sebenarnya malam ni aku nak kongsi cite pasal sahabat aku. Entah la, sebenarnya dah 2 bulan berlalu…namun, aku rasa maca baru semalam ia berlaku. Aku kenal sahabat aku ni masa form 3 lagi. Nak kata rapat giler tu…tak la sangat..tapi boleh la. Lagipun dia ni setahun muda daripada aku. Tapi dia sangat berbudi bahasa dan menghormati orang len. Walaupun aku hanya tua setahun, namun dia still panggil aku akak. tu la pasal aku suka kawan dengan dia…Masa cepat sangat berlalu…aku tak sedar dah empat tahun kami tak jumpa. Akhirnya aku jumpa gak ngan dia. Masa tu dekat Kuala Lipis. Aku ngan akak aku balik dari umah abang..dia pula ngan family nak pegi kenduri abang dia kawin. Tak banyak yang sempat aku bertanya sebab dia nak cepat…masa tu happy nyer aku dapat jumpa dia dan aku dapat tahu yang dia tengah study dekat UNIMAS…dia tak banyak berubah..still happy macam dulu.Seminggu berlalu bila aku da balik UPSI…tup…tup aku dapat berita yang dia dah tak ada… pergi untuk selamanya…dengar cita terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masa tu hanya Tuhan yang tahu apa perasaan aku. Rupa-rupanya pertemuan aku dengan arwah adalah pertemuan yang pertama dan terakhir setelah empat tahun kami tak jumpa…Ya Allah kenapa cepat sangat dia pergi…masih terngiang-ngiang lagi suara gelak tawa arwah sewaktu kami jumpa hari tu.Kini aku baru sedar…kadangkala kita tak menghargai sesuatu bila dia ada di depan kita…tapi bila dah tak ada kita akan rasa satu kehilangan yang sangat besar. Kalaulah masa dapat diputar kembali...aku tak akan biarkan masa empat tahun itu berlalu dengan begitu sahaja…tapi hakikatnya tidak…masa akan tetap meninggalkan kita tanpa kita sedar.Apapun aku mesti terima dengan redha..Tuhan lebih menyayanginya. Aku bersyukur sekurang-kurangnya aku masih lagi diberi kesempatan untuk berjumpa dengan arwah walaupun untuk sekejap saja. Ya Allah Kau tempatkanlah dirinya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diredhaiMu…Amin

ReNunGan

PeNgisiAn JiWa..

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal...

Sekian…

LaMaN SaNtaI

Assalamualaikum...

Dekat laman ni...aku ada letak cerita-cerita berunsur jenaka khas untuk pengunjung semua..tapi bukan cerita rekaan aku...apapun selamat membaca..

Pak Ali Bukan Tamak

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.Pari Pari: Kenapa dengan kau? Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik. Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.Pari Pari: Inikah kapak kamu? Pak Ali: Tidak. Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas. Pari Pari: Inikah kapak kamu?Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja. Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk. Pari Pari: Inikah kapak kamu? Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku. Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.. Pari Pari: Kenapa kau bersedih?Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera. Pari Pari: Inikah isteri kau? Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..." Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak". Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

Anak Yang Baik

Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya.. "kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan... !!" maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid. Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,siapa hendak ke neraka?".....semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan kehairanan ustaz itu bertanya..bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan... .habis awak nak ke mana??". .Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya suruh saya datang sini belajar,dia pesan..jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai dia jemput"... .


Penipu Besar

Dalam sebuah kampung nih...tinggal la 1 famili yg terdiri drpd si anak, ayah dan ibu...si anak dan ayah sangat suke menipu..boleh kate tiap2 hari diorg kelentong penduduk2 kampung...sbbkan itu, penduduk kampung x percaya kan diorg lagi...nak dijadikan citer, suatu hari tu...si ibu jatuh sakit..si anak dan ayah cuba kasi taw penduduk kampung, tp x de sutir org pon percaya...diorg pun fed up campur sedih....lps tu si ibu pun mati...si ayah dan anak masing2 merasa bersalah atas kematian isteri @ ibu yang tercinta....so diorg wat keputusan nak berubah..x moh menipu lagi.. suatu hari tu, mase kat tepi sungai......

ayah: kite kena berubah...biar org percaya lagi kat kite..
anak : btul tu..
ayah : aish...boring la pulak...apekate kite main selam2 nak??? sape leh selam dlm sungai paling lama die dikira pemenang...
anak : woookey

..bereh..lalu, si ayah pun terjun dlm air..si anak tunggu kat tepi tebing...10 minit berlalu......20 minit berlalu.....30 minit berlalu....si ayah masih x timbul2...si anak mula bimbang...plurp...si ayah pon timbul....

anak : apsal lama sangat menyelam tadi????
ayah : ehehehe...sorry la ek..td mase tgh menyelam..ayah jumpa kawan baik ayah..pastu die ajak ayah minum kopi kat warung...sbb tu lama tadi..( kelentong si ayah)

...kini, giliran si anak lak menyelam.....x sampai 1 minit, si anak timbul...berserta kepalanya yg berdarah
ayah : aik....cepat nya timbul...haaaaa, apsal kepala berdarah tu????
anak : ni sume ayah punya pasal la...len kali , kalu nak gi warung tuh, bawak la duit....x pasal2 saya lak kena tibai kat kepala pasal ayah x bayar hutang kopi td...adoiiiiiii


Sawan Rumput

Saleh menghidap penyakit sawan rumput iaitu dia menganggap dirinya sebagai rumput. Pada suatu hari ketika Saleh berjalan-jalan di ladang kambing. Tiba-tiba dia berlari sekuat hati akibat takut akan dimakan kambing kerana menganggap dirinya rumput. Akibat kejadian tersebut, ibunya membawanya ke hospistal.

DOKTOR: Jangan risau kamu sekarang bukan rumput. Kambing takkan makankamu lagi sebab kamu manusia.
Saleh: Kambing tu tau tak saya bukan rumput lagi.
DOKTOR : ???

Disebabkan Saleh berkata begitu dia terpaksa dimasukkan ke hospital khas untuk rawatan selanjutnya.


Orang Asli dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : pagi
polis : ya, ada apa yang boleh saya bantu
orang asli : aik macam mana tuan tahu.kepala saya memang tangah buntupolis : kenapaorang asli : saya nak buat repot tuankawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : tak ada pukul-pukul tuan, terus terkam.polis :habis tu?
orang asli : tak habis tuan, tinggal tulang.

KiSaH aKu

SaLaM PeRkeNalaN
Assalamualaikum...

Hai…salam perkenalan kepada sesiapa sahaja yang sudi memasuki laman blog ni…orang kata tak kenal maka tak cinta…betul ker?..jadi sudi-sudi lah mengikuti blog aku untuk korang lebih mengenali diri aku dan sama-sama kita berkongsi idea serta cerita-cerita yang menarik.

sebelum korang meneroka benda lain kat dalam blog aku ni...apa kata korang baca dulu tentang kisah aku yang aku nak cerita…kalau korang sudi la… kalau tak sudi tak pe. Erm…nama aku seperti yang tertera dekat atas tu…umur aku 2? aku anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Aku ada tiga orang abang, seorang kakak dan seorang adik pompuan….kalau nak diikutkan, aku sebenarnya anak bongsu...sebab adik aku ni hasil perkahwinan mak aku dengan abah baru…abah aku? nak tahu abah aku kemana?..... abah aku dah tak ada, dah pergi jauh daripada hidup aku…mak aku cakap masa tu umur aku setahun enam bulan…aku pun tak kenal macam mana rupa paras abah aku…sedih?..entahlah, aku rasa dah tak ada ertinya aku sedih…yang penting aku sentiasa berdoa semoga arwah abah aku ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman…Amin.


Sebenarnya aku ni anak kelahiran Pasir Puteh Kelantan… atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa ikut keluarga berpindah ke Gua Musang. Erm…dulu aku tak terfikir pun akan menetap disini…tapi sekarang aku sayang sangat dengan tempat ni walaupun bukan tempat tanah tumpah darahku. Haa..kalau korang nak tahu apa yang istimewanya Gua Musang ni…mestilah guanya, musang?..sepanjang aku hidup dekat sini tak pernah aku jumpa sekor musang pun…kenapa ek?..entahlah, tak sempat aku nak kaji ada apa dengan nama Gua Musang ni….Cubalah tengok pemandangan ni...aku benar-benar kagum dengan keindahan ciptaan Illahi...kalau nak tahu...gua dekat sini ada yang boleh kita daki...aku pernah mendaki dengan kawan-kawan…tapi tu cerita lama, masa form 6 dulu...seronok sangat..macam-macam kita boleh jumpa kat dalam gua tu..nanti kalau ada kesempatan aku nak pergi lagi. Jomlah kalau nak ikut.



gambar yang sempat aku ambil masa balik kampung


Asyik cerita pasal kampung jer…boring la. Okay..cerita seterusnya pasal hobi aku….apa yer hobi aku?.. Emm aku sebenarnya suka dengar muzik..kalau aku tension…marah…sedih…muzik la yang jadi teman aku, aku lebih suka muzik yang sentimental dan juga irama nasyid…bagi aku ia boleh menenangkan jiwa…walaupun aku suka muzik takde la sampai aku nak jadi penyanyi…aku mana ada bakat. Antara lagu yang aku suka degar ialah lagu Azean Mazwan.. “Rumah Kecil Tiang Seribu”. Bagi aku lagu ni unik dan mampu memberi motivasi pada aku…Haa, aku ada letak video dekat bawah ni khas untuk korang kalau korang nak dengar.




Selain tu, aku suka baca novel…tapi sekarang ni da takde masa nak baca novel. Maklumlah kerja banyak sangat. Usahkan nak baca, nak jeling pun tak sempat melainkan bila cuti semester. Kalau dulu dalam sehari aku boleh habiskan dua hingga tiga buah novel yang tebal..rindunya dekat novel.Kalau bercakap pasal cita-cita pulak…er..percaya tak aku dulu bercita-cita nak jadi Doktor…dari kecil lagi aku tanam cita-cita aku ni…tapi cita-cita tinggal cita-cita..dah takde rezeki aku…tapi takpe…aku masih ingat kata-kata seseorang pada aku “gantunglah cita-cita anda di langit biru…jika jatuh tersangkut ia di awan kelabu”. Betul tu…walaupun aku tak boleh jadi doktor…setidak-tidaknya aku boleh jadi cikgu. dan sekarang… kalau nak tahu aku dah jatuh cinta dengan profesion perguruan ni..terutamanya kerjaya sebagai Kaunselor. Tapi aku takut la…dengan keadaan zaman sekarang ni…zaman yang penuh cabaran…mampu ke aku pikul tanggungjawab sebesar ni nanti…kalau difikir-fikirkan takut pula rasanya. Apapun aku nak ucap banyak-banyak terima kasih dekat semua lecture aku yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang aku menuntut ilmu dekat sini…Segala jasa dan pengorbanan hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya.Erm..apa lagi yang aku nak cerita ye…hmm..sebenarnya aku ni seorang yang sangat sensitif…mudah terasa la.. tak tahu kenapa…lebih-lebih lagi kalau tengok kesusahan orang lain.. aku rasa aku dah cukup kuat, rupa-rupanya tak..kadang-kadang tengok cerita pun boleh menyebabkan aku nangis teresak-esak…eee, penat tau. Aku juga seorang yang cukup mudah terasa dengan orang…walaupun kadang-kala hanya satu gurauan…tapi aku tak boleh terima…walau bagaimanapun, ada juga kekuatan dalam diri aku ni…aku mudah terasa, aku mudah memafkan orang lain. Lagipun aku ni jenis orang yang tak pandai nak simpan dendam...bagi aku perkara yang lepas biar la lepas. tak payah nak kenang lagi…kecualilah peristiwa tu sangat menyakitkan..so, biarlah dia jadi kenangan....aku rasa cukup la dulu setakat ni dulu..tangan aku da penat nak menaip. Nanti kalau ada masa aku sambung lagi….k. Wassalam.