Program ini antara yang seronok pernah aku ikuti sebagai seorang fasilitator...Program Ekspresi Diri Tanpa Dadah. Erm..walaupun ada yang menggelarkan diri mereka sebagai pelajar high risk..namun aku rasa tidak..mereka ada potensi untuk berjaya dan sebenarnya mereka sangat baik…mungkin ada sesuatu yang menjadikan mereka sedemikian…tu la, masa yang singkat telah membataskan aku untuk mengenali diri mereka dengan lebih dekat pada masa tu. Walau bagaimanapun…aku heppy sangat kerana program berjalan dengan lancar.. adik-adik aku pun senang dikawal dan mendengar kata… Alhamdulillah...sampai sekarang diaorang still contact aku.. Aku dapat rasakan ini satu pengalaman yang sangat berharga…dan aku rasa ia sangat berguna apabila aku bergelar kaunselor kelak…
aku gadis biasa..dari sebuah desa..cetek ilmu didada..masih belum mengenal isi dunia..kadangkala aku terlupa..leka...alpa dan tersungkur sebelum tiba penamatnya..namun aku ada cita-cita..selagi terdaya inginku bangkit dalam medididik anak bangsa..walaupun ku tahu terlalu sukar mengharungi liku perjalanan dalam menggenggam sebutir permata
No comments:
Post a Comment