Friday, March 6, 2009

KiSaH aKu

SaLaM PeRkeNalaN
Assalamualaikum...

Hai…salam perkenalan kepada sesiapa sahaja yang sudi memasuki laman blog ni…orang kata tak kenal maka tak cinta…betul ker?..jadi sudi-sudi lah mengikuti blog aku untuk korang lebih mengenali diri aku dan sama-sama kita berkongsi idea serta cerita-cerita yang menarik.

sebelum korang meneroka benda lain kat dalam blog aku ni...apa kata korang baca dulu tentang kisah aku yang aku nak cerita…kalau korang sudi la… kalau tak sudi tak pe. Erm…nama aku seperti yang tertera dekat atas tu…umur aku 2? aku anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Aku ada tiga orang abang, seorang kakak dan seorang adik pompuan….kalau nak diikutkan, aku sebenarnya anak bongsu...sebab adik aku ni hasil perkahwinan mak aku dengan abah baru…abah aku? nak tahu abah aku kemana?..... abah aku dah tak ada, dah pergi jauh daripada hidup aku…mak aku cakap masa tu umur aku setahun enam bulan…aku pun tak kenal macam mana rupa paras abah aku…sedih?..entahlah, aku rasa dah tak ada ertinya aku sedih…yang penting aku sentiasa berdoa semoga arwah abah aku ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman…Amin.


Sebenarnya aku ni anak kelahiran Pasir Puteh Kelantan… atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa ikut keluarga berpindah ke Gua Musang. Erm…dulu aku tak terfikir pun akan menetap disini…tapi sekarang aku sayang sangat dengan tempat ni walaupun bukan tempat tanah tumpah darahku. Haa..kalau korang nak tahu apa yang istimewanya Gua Musang ni…mestilah guanya, musang?..sepanjang aku hidup dekat sini tak pernah aku jumpa sekor musang pun…kenapa ek?..entahlah, tak sempat aku nak kaji ada apa dengan nama Gua Musang ni….Cubalah tengok pemandangan ni...aku benar-benar kagum dengan keindahan ciptaan Illahi...kalau nak tahu...gua dekat sini ada yang boleh kita daki...aku pernah mendaki dengan kawan-kawan…tapi tu cerita lama, masa form 6 dulu...seronok sangat..macam-macam kita boleh jumpa kat dalam gua tu..nanti kalau ada kesempatan aku nak pergi lagi. Jomlah kalau nak ikut.



gambar yang sempat aku ambil masa balik kampung


Asyik cerita pasal kampung jer…boring la. Okay..cerita seterusnya pasal hobi aku….apa yer hobi aku?.. Emm aku sebenarnya suka dengar muzik..kalau aku tension…marah…sedih…muzik la yang jadi teman aku, aku lebih suka muzik yang sentimental dan juga irama nasyid…bagi aku ia boleh menenangkan jiwa…walaupun aku suka muzik takde la sampai aku nak jadi penyanyi…aku mana ada bakat. Antara lagu yang aku suka degar ialah lagu Azean Mazwan.. “Rumah Kecil Tiang Seribu”. Bagi aku lagu ni unik dan mampu memberi motivasi pada aku…Haa, aku ada letak video dekat bawah ni khas untuk korang kalau korang nak dengar.




Selain tu, aku suka baca novel…tapi sekarang ni da takde masa nak baca novel. Maklumlah kerja banyak sangat. Usahkan nak baca, nak jeling pun tak sempat melainkan bila cuti semester. Kalau dulu dalam sehari aku boleh habiskan dua hingga tiga buah novel yang tebal..rindunya dekat novel.Kalau bercakap pasal cita-cita pulak…er..percaya tak aku dulu bercita-cita nak jadi Doktor…dari kecil lagi aku tanam cita-cita aku ni…tapi cita-cita tinggal cita-cita..dah takde rezeki aku…tapi takpe…aku masih ingat kata-kata seseorang pada aku “gantunglah cita-cita anda di langit biru…jika jatuh tersangkut ia di awan kelabu”. Betul tu…walaupun aku tak boleh jadi doktor…setidak-tidaknya aku boleh jadi cikgu. dan sekarang… kalau nak tahu aku dah jatuh cinta dengan profesion perguruan ni..terutamanya kerjaya sebagai Kaunselor. Tapi aku takut la…dengan keadaan zaman sekarang ni…zaman yang penuh cabaran…mampu ke aku pikul tanggungjawab sebesar ni nanti…kalau difikir-fikirkan takut pula rasanya. Apapun aku nak ucap banyak-banyak terima kasih dekat semua lecture aku yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang aku menuntut ilmu dekat sini…Segala jasa dan pengorbanan hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya.Erm..apa lagi yang aku nak cerita ye…hmm..sebenarnya aku ni seorang yang sangat sensitif…mudah terasa la.. tak tahu kenapa…lebih-lebih lagi kalau tengok kesusahan orang lain.. aku rasa aku dah cukup kuat, rupa-rupanya tak..kadang-kadang tengok cerita pun boleh menyebabkan aku nangis teresak-esak…eee, penat tau. Aku juga seorang yang cukup mudah terasa dengan orang…walaupun kadang-kala hanya satu gurauan…tapi aku tak boleh terima…walau bagaimanapun, ada juga kekuatan dalam diri aku ni…aku mudah terasa, aku mudah memafkan orang lain. Lagipun aku ni jenis orang yang tak pandai nak simpan dendam...bagi aku perkara yang lepas biar la lepas. tak payah nak kenang lagi…kecualilah peristiwa tu sangat menyakitkan..so, biarlah dia jadi kenangan....aku rasa cukup la dulu setakat ni dulu..tangan aku da penat nak menaip. Nanti kalau ada masa aku sambung lagi….k. Wassalam.

No comments:

Post a Comment