Friday, March 6, 2009

LoVely TwiN

Malam ni aku tak tahu nak buat apa...boring sangat, assignment tu memang la banyak tapi takde mood nak buat...lagipun tak tahu nak mula yang mana satu ...erm, entahlah tiba-tiba je rasa rindu dekat seseorang....orang kata kalau kita rindu dekat seseorang pasti dia juga rindu dekat kita...betul ker...Mungkin lama tak jumpa kot, tetiba jer ingat kembali kenangan zaman persekolahan...

Orang yang aku nak cerita ni merupakan sahabat yang sangat rapat dengan aku pada masa dulu...sekarang?..entahlah maybe faktor jarak menyebabkan kami jarang berhubung dan aku dapat rasakan ianya tak seperti dulu lagi. Apa yang menarik, diaorang ni kembar. Diaorang gelarkan diri sebagai adik dan kakak...kadang-kadang kalau dekat sekolah tu ada yang tak tahu nama sebenar diaorang...Masa mula-mula aku kenal diaorang...aku ingat diaorang ni sombong tau.. aku ingat lagi waktu tu..masa kali pertama aku bertembung dengan diaorang...aku takut nak tegur, waktu tu diaorang tengah berbincang dengan warden asrama...nak masuk asrama kot...aku tengok muka diaorang masam jer...emm... mungkin penat, baru habis waktu persekolahan..tambahan pula cuaca panas terik waktu tu.Memang tepat jangkaan aku...seminggu kemudian diaorang mendaftar diri masuk ke asrama....macam mana mula berkenalan?...entahlah, aku pun ingat-ingat lupa...apa yang aku ingat kami mula bertegur sapa semasa dekat surau asrama...jangkaan aku meleset, diorang ni tak sombong...tu la pasal jangan mudah menilai orang dari paras rupa. sebanarnya diaorang baik sangat, mudah mesra, periang, senang diajak berunding. Walaupun umur diaorang muda setahun daripada aku...tapi ia bukan satu halangan dan yang paling seronok diorang ni suka menyakat...bising satu dorm dibuatnya. Mulai saat ini lah hubungan kami bertambah akrab...hari demi hari yang kami lalui penuh kecerian...sehinggalah kami menamatkan zaman persekolahan.

Namun, masa begitu cepat berlalu...tak sangka dah berapa tahun berlalu. masing-masing dengan kerjaya masing-masing dan leka memburu impian...kadang-kala...kesibukan tugasan harian menyebabkan aku hampir melupakan sejarah persahabatan yang kami bina...emm entahlah. Namun, aku sangat mengharapkan agar semua itu tidak akan berlaku...sesungguhnya hubungan persahabatan itu terlalu bermakna dan tidak akan ada penghujungnya..semoga ia akan kekal hingga ke akhir hayat...Amin


KaKaK

aDeQ


No comments:

Post a Comment