Friday, April 10, 2009

Hay Resort

Kenangan Bersama

Pengalaman yang sangat berharga selama 3 hari 2 malam di Hay Resort Sabak Bernam…walaupun agak kepenatan, namun aku bangga dengan hasilnya. Untuk sahabat sekalian, semoga kita terus tabah dan berusaha memperjuangkan bidang ini sebagai satu wadah dalam melahirkan insan yang cemerlang.



Future Counselor

My Group

Thursday, April 9, 2009

My Sweet Baby


Nurul Amalina Yasmin

Anak buah aku yang baru lahir pada 3 April 2009...cute tak?..erm tak sabar rasanya nak balik kampung nak tengok si kecil yang baru hadir dalam keluarga kami. Maklumlah, ini anak buah aku yang kedua selepas Nurasya Aleeya.... Cepat besar yer sayang.

Friday, March 6, 2009

Penatnyer....

Sedih sangat sebab blog yang lama dah tak boleh guna...penatnyer hias cantik-cantik...ntahlah tak tahu kenapa tiba-tiba html dia tak berfungsi...dah cuba berkal-kali nak betulkan balik....tapi semuanya tak boleh diselamatkan...so aku buatlah blog baru ni. walaupun sekarang ni takde masa nak hias cantik-cantik macam dulu...nanti lau da masa aku akan teruskan menghias supaya cantik lagi. nasib baik aku masih simpan bahan dan cerita-cerita dulu...jadi senanglah aku post balik dekat blog ni...papun aku sangat berterima kasih dekat sifu aku En.Aziz...coz daripada beliau... aku dah pandai buat dan guna blog. Kawan-kawan nanti follow lah blog bru aku yer...sedih ni.

Sek. Men. Keb. Dato' Harun

KeNanGaN TerIndAh..

Penatnyer… baru je balik dari program terus ngadap buku coz da exam this week…pepun rasa heppy sangat selama tiga hari dua malam dekat Sek. Men. Keb Dato’ Harun. Banyak pengalaman yang aku dapat daripada program ni. Bukan senang tau nak wat program...tapi nasib baik pelajar-pelajar ni ok..diaorang sporting sangat…so senanglah nak kawal diaorang ni....Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Untuk adik-adik akak….Fitrah, Dila, Faikha, Elyqa, Atikah, Liyana, Hafif, Wan, Hanif, Iqbal, Khai dan Zul… akak sentiasa doakan semoga berjaya dalam PMR, SPM, STPM…thanks 4 everything


Adik-adikku

Fitrah & Wan

Cewah....

Cute Girlz

Tunjuk aper tu..

Sape yang suh panjat ni..

Bersama Pelajar SRC

Program ini antara yang seronok pernah aku ikuti sebagai seorang fasilitator...Program Ekspresi Diri Tanpa Dadah. Erm..walaupun ada yang menggelarkan diri mereka sebagai pelajar high risk..namun aku rasa tidak..mereka ada potensi untuk berjaya dan sebenarnya mereka sangat baik…mungkin ada sesuatu yang menjadikan mereka sedemikian…tu la, masa yang singkat telah membataskan aku untuk mengenali diri mereka dengan lebih dekat pada masa tu. Walau bagaimanapun…aku heppy sangat kerana program berjalan dengan lancar.. adik-adik aku pun senang dikawal dan mendengar kata… Alhamdulillah...sampai sekarang diaorang still contact aku.. Aku dapat rasakan ini satu pengalaman yang sangat berharga…dan aku rasa ia sangat berguna apabila aku bergelar kaunselor kelak…




sempat posing..


cantik tak lukisan



say no to dadah

Nukilanku

Hidup Satu Perjuangan

hidup ini satu perjuangan...
hakikat yang pasti setiap manusia
akan menuju ke destinasi yang sama
walaupun pelbagai keperitan dan rintangan
mengharungi liku perjalanan

namun..
semua itu akan menjadi satu kekuatan
dalam menjalani seribu kemungkinan.
seandainya perjalanan terlalu senang
mungkin mengundang cebisan kekecewaan
kerana kealpaan dan kecuaian
yang kita sendiri ciptakan.

hidup satu perjuangan...
walaupun jiwa tidak lagi tenteram
namun ia harus diteruskan
seumpama lakonan di pementasan..